Aaliyah merupakan gadis malang apabila dilahirkan dalam fitnah yang mengatakan dia anak luar nikah sehingga menjadi bahan ejekan orang kampung.
Lebih malang lagi, bapanya sering mengambil kesempatan dan mempergunakannya semata-mata kerana wang. Bukan itu sahaja, bapanya sanggup bersekongkol dengan Wansor untuk menyerahkan Aaliyah kepada lelaki tua itu hanya kerana hutang berjudi.
“Kau bapak dia. Kalau kau paksa, dia bukan boleh buat apa. Mula-mula je dia menentang tu. Kalau dah kahwin dengan aku nanti, tahulah dia tunduk pada suami nanti,” - Wansor
Peristiwa pada suatu malam mempertemukan Aaliyah dan Saqeef, lelaki ‘red flag’ yang menjadi ‘ikon jahat’ di kampung mereka. Aaliyah diselamatkan oleh Saqeef daripada menjadi mangsa perbuatan keji orang-orang suruhan Wansor.
“Siapa nak kena parang, datanglah dekat.” - Saqeef
Pada Aaliyah, Saqeef seperti lelaki gasar yang tak pedulikan perasaan orang. Namun ada sesuatu tentang lelaki itu yang membuatkan Aaliyah rasa damai dan selamat sedangkan semua orang menyimpan seribu satu syak wasangka terhadap Saqeef.
Bagi Saqeef pula, mengenali Aaliyah telah mengubah rutin hidupnya. Dia mula tertarik dengan gadis itu Demi menyelamatkan Aaliyah daripada cengkaman dan fitnah Wansor, dia sanggup memikul tanggungjawab berat.
“Saya akan bertanggungjawab. Saya akan kahwin dengan Aaliyah!” - Saqef
Aaliyah kebingungan! Menolak Saqeef bermakna dia bakal berhadapan dengan kejahatan Wansor yang tidak pernah tamat.
Dia juga bakal kehilangan cahaya yang tiba-tiba hadir menyimbah harapan seperti komorebi! Mampukah mereka menganyam bahagia bersama apabila kedua-duanya ada menyimpan sejarah dan kisah silam tersendiri…
“My Komorebi...” - Aaliyah
Buy Now